Van Sewa Subang Jaya

 

Van merupakan kenderaan yang sering digunakan oleh kebanyakkan kilang, syarikat-syarikat besar, masjid dan sebagainya. Faktor utamanya adalah kapasiti seat penumpang yang banyak (10-18seat). 1trip van hampir bersamaan dengan 3buah kereta sedan, maka ianya amat sesuai sekali digunapakai untuk membawa lebih ramai penumpang berbanding dengan penggunaan kereta. Dari segi saiz kenderaan pula, van merupakan kenderaan yang ideal berbanding dengan bas. Tidak memerlukan saiz parking yang besar, dan jimat dengan penggunaan diesel sebagai bahan bakar. Oleh itu, tidak hairan rata-rata syarikat pelancongan Travel & Tour mahupun syarikat kereta & van sewa mempunyai stok van sewa yang banyak bagi memenuhi permintaan para pelanggan.

 

 

Begitu juga bagi syarikat DNZ Car Rental, antara pengusaha kereta dan van sewa Subang Jaya dan Lembah Klang, turut menyediakan perkhidmatan van sewa sekitar Subang Jaya, Puchong, Shah Alam dan lain-lain kawasan yang berdekatan. Dari segi harga sewa pula, rate van sewa selalunya diantara RM300-RM400 untuk 1hari. Para pelanggan boleh tempah van sewa secara harian, mingguan dan juga bulanan. Kadar sewa van akan menjadi lebih murah jika tempoh sewanya lebih lama. Diskaun sehingga 50% bagi sewaan melebihi 1bulan keatas. Ada juga syarikat yang menawarkan van sewa secara kontrak. Jenis sewa van secara kontrak ini adalah dari sektor awam kerajaan, swasta, GLC dan sebagainya.

 

Untuk van sewa, ada 2 jenis kategori. Jenis van sewa berpenumpang dan juga van sewa berpanel. Kebiasaanya van sewa panel ini adalah lebih kepada pengangkutan barang yang banyak. Rata-rata pelanggan van sewa berpanel ini adalah dikalangan para peniaga, syarikat kurier dan sebagainya. Sebagai pengusaha van sewa di sekitar Subang Jaya, tempahan van sewa selalunya diterima melalui website. Rata-rata pelanggan yang datang adalah dari carian Google. Dan ada juga pelanggan van sewa yang datang dari carian di Google Business atau Maps. Antara faktor pemilihan syarikat van sewa adalah dari feedback ataupun review yang terdapat di Internet. Lagi tinggi / banyak positif feedback, lagi bertambah yakin para pelanggan untuk sewa van dengan syarikat tersebut. Oleh itu, amat penting feedback positif bagi sesuatu servis dan perkhidmatan yang boleh dijadikan sebagai testimoni untuk meningkatkan lagi reputasi syarikat van sewa tersebut.